Peruntukan utama Perlembagaan_Meiji

Struktur

Perlembagaan Meiji terdiri daripada 76 perkara dalam tujuh babak, bersama berjumlah sebanyak 2,500 perkataan. Ia juga lazimnya dicetak bersama Mukadimahnya, Pengakuan Bersumpah Imperial di Istana Imperial, dan Penulisan Semula Imperial pada Perkenanan Perlembagaan yang bersama membentuk lagi 1,000 patah perkataan.[4] Tujuk babak-babak adalah:

  • I. Maharaja (1-17)
  • II. Hak dan Tanggungjawab Rakyat (18-32)
  • III. Diet Imperial (33-54)
  • IV. Menteri-Menteri Negara dan Majlis Privi (55-56)
  • V. Kehakiman (57-61)
  • VI. Kewangan (62-72)
  • VII. Peraturan-peraturan lanjutan (73-76)

Kedaulatan maharaja

Tidak seperti waris modennya, Perlembagaan Meiji didasarkan prinsip bahawa kedaulatan adalah milik Maharaja, melalui aliran nenek moyangnya yang suci "tidak terputus buat sekian lamanya", tidak kepada rakyat. Perkara 4 mengatakan bahawa "Maharaja adalah ketua empayar, dengan kedaulatan termasuk di dalamnya". Maharaja secara nominal menggabungkan dalam dirinya kesemua cabang pentadbiran, perundangan dan kehakiman kerajaan, akan tetapi dengan "persetujian Diet". Undang-undang dan keadilan yang ditadbir mahkamah "dengan nama Maharaja".

Peruntukan Perlembagaan berbeza-beza mengenai sama ada Perlembagaan sendiri atau Maharaja yang punyai kuasa tertinggi. Meskipun Perkara 4 megikat Maharaja supaya menggunakan kuasanya "mengikut lunas Perlembagaan ini", Perkara 3 mengatakan bahawa Maharaja adalah suci dan tidak boleh dinodai. Akan tetapi Perkara 55 mengesahkan bahawa perintah-perintah Maharaja (termasuk Ordinan Diraja, Edik, Pengskriptan semula, dll.) tidak ada kuatkuasa perundangan dengan sendirinya tetapi perlukan tandatangan Menteri Negara, pada masa yang sama, menteri-menteri ini dipiluh dan disingkirkan oleh Maharaja sahaja, dan bukan Perdana Menteri atau Diet.

Hak dan tanggunjawab rakyat

  • Tanggungjawab: Perlembagaan mensyariatkan tanggunjawab rakyat Jepun untuk meneggakkan Perlembagaan (mukadimah), membayar cukai (Perkara 21) dan berkhidmat dalam ketenteraan sekiranya diperlukan (Perkara 20).
  • Hak: Perlembagaan memberi beberapa hak yang rakyat boleh mengguna hanya apabila undang-undang tidak mencampurinya. Ini termasuk hak untuk:
  • Hak-hak yang tidak banyak bersyarat:
    • Hak untuk "dilantik ke jabatan-jabatan kerajaan atau ketenteraan secara saksama" (Perkara 19).
    • 'Prosidur' proses adil (Perkara 23).
    • Hak diadili di hadapan hakim (Perkara 24).
    • Kebebasan beragama (Perkara 28 "dalam lingkungan yang tidak mengancam pada keamanan dan keselamatan dan tidak bercanggah dengan tanggunjawab sebagai rakyat").
    • Hak menuntut dari kerajaan (Article 30).

Organ-organ kerajaan

Batu bersurat Yokohama

Maharaja Jepun punyai hak untuk mentadbir, dan melantik dan menyinkirkan kesemua pegawai kerajaan. Maharaja Jepun juga punyai hak untuk menistiharkan perperangan, keamanan, menandatangani persetujuan antarabangsa, membubarkan dewan bawahan Diet, dan membuat Ordinan Diraja apabila Diet tidak bersidang. Paling penting, komander Tentera Diraja Jepun dan Tentera Laut Diraja Jepun dipegang terus oleh Maharaja, dan bukannya Diet. Perlembagaan Jepun juga memperuntukkan kabinet menteri-menteri negara yang bertanggungjawab pada Maharaja, bukan Diet, dan pada penubuhan Majlis Privi. Tidak disebut dalam Perlembagaan adalah golongan genro yang terdiri daripada orang-orang yang dekat dengan Maharaja yang punyai pengaruh besar.

Di bawah Perlembagaan Meiji, suatu perundangan diwujudkan dengan dua Dewan. Dewan atasan, atau Dewan Peers terdiri daripada ahli keluarga diraja, bangsawan berwaris dan ahli yang dilantik oleh Maharaja. Dewan Bawahan, atau Dewan Rakyat dipilih oleh rakyat lelaki yang punyai harta. Penggubalan undang-undang dikongsi bersama Diet, dan kedua-dua Maharaja dan Diet harus bersetuju sebelum rang boleh menjadi undang-undang. Pada masa yang sama, Diet juga diberikan kuasa untuk memulakan perundangan, meluluskan kesemua undang-undang dan meluluskan belanjawan.